Pelaburan hartanah adalah satu bentuk pelaburan yang sangat menguntungkan. Jika hari ini anda membeli kereta lalu menjual balik keesokan harinya, anda pasti tidak akan dapat harga yang sama dengan harga yang anda beli. Namun, dalam bidang hartanah, anda boleh membuat duit jika anda betul-betul mendalaminya. Bukan setakat anda mampu memberikan tempat tinggal yang selesa untuk orang yang anda sayang, tapi anda juga secara tidak langsung telah menyediakan satu pelaburan untuk mereka. Beli rumah untuk duduk, secara tidak langsung anda juga telah melabur. Jadi, fikir-fikirkan!!!

Monday, May 27, 2013

I'm a Risk Taker




Ketika I masih student, my lecturer slalu galakkan kami utk menceburi kerjaya estate agent. Katanya, estate agent ni kaya. Masa juga flexible. Kebanyakan my lecturers have their own company. They are big boss in their company. Selalu mereka ceritakan bagaimana estate agent di company mereka close deal rumah harga berjuta-juta. Wauu!!! As a student, dengar ayat berjuta-juta, pastinya memukau mata kami. Maka mulalah timbul keinginan yg mendalam utk menceburi bidang ini.

When I finished my degree in UiTM, I terus apply untuk jadi ejen di company yg I praktikal dulu. Bos kata, "saya memang mahukan mereka yang betul2 berminat". Lalu I diterima & bermulalah kerjaya as estate agent. Tp lebih dikenali sbg property negotiator krn belum ada license, tumpang license company je. 

Kerja ni sedikit berisiko utk orang yg baru mula kerja. Tiada gaji basic pun. Sumenya depend on commission only. Kalau kau kerja kuat, kau dapat duit. Kalau kau malas, kau akan miskin. But i take that risk. Because i'm a risk taker. Risiko adalah satu perkara yg biasa. Kalau kita tidak berani berenang, kita takkan tahu sungai itu cetek atau x.

I selalu cakap, tebalnya hutan bila dilihat dari luar. Namun bila kita masuk, tidaklah tebal mana pun hutan itu. Tetap juga ada jalan keluar.

I percaya pada rezeki. Rezeki ada di mana-mana. Setiap mereka yg berusaha, pasti akan berjaya.

Dan hidup itu setiap masa kita kena mengambil risiko. Insyaallah...

-Adzhan-

No comments:

Post a Comment