Pelaburan hartanah adalah satu bentuk pelaburan yang sangat menguntungkan. Jika hari ini anda membeli kereta lalu menjual balik keesokan harinya, anda pasti tidak akan dapat harga yang sama dengan harga yang anda beli. Namun, dalam bidang hartanah, anda boleh membuat duit jika anda betul-betul mendalaminya. Bukan setakat anda mampu memberikan tempat tinggal yang selesa untuk orang yang anda sayang, tapi anda juga secara tidak langsung telah menyediakan satu pelaburan untuk mereka. Beli rumah untuk duduk, secara tidak langsung anda juga telah melabur. Jadi, fikir-fikirkan!!!

Monday, May 27, 2013

Soalan Lazim Berkenaan Pinjaman Perumahan



Salam & semua...

Di sini saya lampirkan laman web mengenai soalan-soalan lazim yang pemohon tanya untuk membuat pinjaman perumahan.

Boleh refer di sini:



Namun ada lagi soalan lain yg buyer sering tanya. Antaranya:

Boleh buat joint loan?
Boleh. Hanya layak dengan suami/isteri & ahli keluarga sahaja

Saya ada ccriss. Boleh buat loan?
Ikut pengalaman, bank tak lulus jika ada ccris. Boleh baca pada link di bawah apa itu ccris. Disertakan sekali maklumat mengenai ctos. 

Boleh buat government loan tak?
Government loan hanya boleh dibuat jika property tersebut telah pun keluar geran individu. Sila semak dengan vendor terlebih dahulu.

Isteri saya ada buat joint loan dengan adik dia. Sekarang kami nak beli rumah & nak buat join suami isteri. Boleh atau x?
Boleh. Tapi loan asal antara isteri & adik dia dikira satu komitmen.

Apa itu komitmen?
Komitmen ialah pinjaman-pinjaman terdahulu yang mana ia diambil kira oleh pihak bank untuk luluskan loan anda sekarang. Contoh pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan lain2.

***Banyak lagi soalan. Nanti saya update setakat termampu.

Terima kasih.

-Adzhan-


No comments:

Post a Comment