Pelaburan hartanah adalah satu bentuk pelaburan yang sangat menguntungkan. Jika hari ini anda membeli kereta lalu menjual balik keesokan harinya, anda pasti tidak akan dapat harga yang sama dengan harga yang anda beli. Namun, dalam bidang hartanah, anda boleh membuat duit jika anda betul-betul mendalaminya. Bukan setakat anda mampu memberikan tempat tinggal yang selesa untuk orang yang anda sayang, tapi anda juga secara tidak langsung telah menyediakan satu pelaburan untuk mereka. Beli rumah untuk duduk, secara tidak langsung anda juga telah melabur. Jadi, fikir-fikirkan!!!

Monday, May 27, 2013

Loan Calculator






Salam & hai...

Saya ingin ceritakan 1 formula mudah untuk kira secara kasar samada loan yg anda mohon boleh lulus atau tidak. Contohnya:

HARGA RUMAH : RM 200,000

GAJI : RM 3,000 p/m net

KOMITMEN : Pinjaman kereta RM 500 p/m

INTEREST RATE : 5.3% (contoh)

TEMPOH LOAN : 30 Tahun


Selalunya kalau harga rumah RM 200,000 jumlah loan yang perlu dibayar sebulan dalam anggaran RM 1000 
Semak di Loan Calculator

Jadi bagaimana nak tahu loan anda agak2 boleh lepas atau tidak??? Tengok di bawah:

Bayaran pinjaman bulanan + Komitmen

/

Gaji bersih

then x 100%



Jika jawapan lebih 70%, kebarangkalian untuk loan lulus agak sukar. Namun jika bawah 70%, Insyaallah ada peluang.

PERHATIAN: Ini hanya anggaran kasar. Pihak bank akan menilai lagi perkara lain seperti duit keluar masuk anda & lain-lain. Cuma perkiraan ini boleh dijadikan panduan untuk anda mengambil pinjaman perumahan.

Terima kasih. Semoga boleh menjadi rujukan.

-Adzhan-

No comments:

Post a Comment