Salam & hai semua...
Malam ini saya ingin kongsikan sedikit info berkenaan membeli rumah menggunakan khidmat ejen hartanah. Pasti ramai yang tidak tahu & ramai yang menganggap ejen hartanah adalah seseorang yang sukar dipercayai. Baiklah saya ringkaskan bagi memudahkan anda faham!!!
Saya berikan situasi seorang bernama Ahmad. Dia ingin membeli rumah di Seksyen 7, Shah Alam. 2sty terrace berharga RM 550,000. Antara perkara yg Ahmad akan lakukan ialah:
CARI PROPERTY
- Cari rumah di mana-mana web site seperti Mudah.my, i Property & lain-lain
- Ahmad jumpa satu rumah. Nama ejen yang iklan rumah 2 ialah Abu
APPOINTMENT DENGAN EJEN
- Ahmad call Abu (ejen) samada rumah masih available. Jika available, ejen akan buat appointment utk tengok rumah
- Maka pada 1 tarikh, jumpalah Ahmad & Abu (ejen) di rumah itu
TENGOK PROPERTY
- Ahmad akan tengok semua bahagian rumah, & silalah tanya seberapa banyak soalan kpd ejen. Antara soalan yg harus ditanya:
- Bila rumah siap?
- Bila vendor sign SPA?
- Kenapa nak jual?
- Vendor tinggal di mana?
- Apa kerosakan yang wujud?
- Adakah kawasan tersebut selamat diduduki?
- Berapa market value rumah?
- Adakah ejen dah cek dengan bank berapa bank boleh bagi loan?
- Dan....Banyak lagi soalan supaya anda puas hati yang rumah itu memang utk dijual & ejen betul kenal dengan vendor
PERKARA YANG EJEN AKAN TERANGKAN
- Abu (ejen) akan terangkan kpd Ahmad beberapa perkara:
- Abu (ejen) akan beritahu, jika setuju, Ahmad dikehendaki bayar 3% booking fee (dalam kes ini 3% from RM 550,000 iaitu RM 16,500) secara cek atau cash atas nama syarikat Abu (ejen). Kenapa atas nama syarikat Abu (ejen)??? Kerana inilah jumlah komisyen Abu (ejen). Untuk memudahkan kerja, Abu (ejen) tidak perlu lagi claim apa2 dari vendor kerana komisyen dia sudah pun dibayar. Tapi jangan khuatir, duit akan masuk ke akaun syarikat & Abu (ejen) hanya boleh claim selepas sign SPA sahaja.
- Abu (ejen) beritahu yg Ahmad kena bayar 7% lagi atas nama vendor ketika sign SPA di depan lawyer.
- Abu (ejen)akan beritahu, baki 90% akan dibayar oleh bank yg Ahmad ambil pinjaman dalam masa 3 bulan lepas sign SPA.
SIGN OFFER TO PURCHASE
- Jika semua setuju, Ahmad akan sign borang yang dinamakan Offer to Purchase. Borang ini mengatakan yang Ahmad berminat utk beli property tersebut. Dan ketika sign borang ini, booking fee 3% tadi harus dibayar. Ini dinamakan close deal dalam bahasa ejen. Selalunya perkara ini berlaku bukan on the spot ketika tengok rumah, tp beberapa hari selepas buyer tengok rumah. Kerana buyer pastinya akan balik & berfikir dulu. Tapi ada juga buyer yg terus setuju & bayar 3% kerana betul2 yakin & setuju.
- Sekadar nasihat, sebelum sign borang 2, sila minta ejen tunjukkan dulu dokumen2 seperti fotostat ic vendor, SPA asal, geran tanah & apa2 perkara berkaitan rumah tersebut. Supaya anda yakin rumah itu betul2 akan dijual & vendor betul2 wujud.
- Pastikan ejen ambil sign vendor dan berikan salinan asal kpd anda. Ini menunjukkan perjanjian ini adalah valid.
Offer to Purchase |
SUBMIT LOAN KPD BANK
- Abu (ejen) akan tanya samada Ahmad nak submit loan sendiri atau nak Abu (ejen) bantu submit. Tapi selalunya pihak bank mahu jumpa juga dengan purchaser kerana ada form yg perlu di signed. Cuma kalau anda tidak tahu macam mana nak submit & kpd siapa perlu submit, boleh minta bantuan ejen.
****** Dalam masa yang sama, ejen akan submit semua dokumen kpd lawyer utk urusan SPA dan bila loan approved, SPA pun dah siap, maka vendor & purchaser akan sign SPA di depan lawyer.
***** Urusan jual beli rumah masih belum selesai walaupun dah sign SPA. Tugasan akan diambil alih oleh lawyer selepas itu. Tapi kerja ejen telah pun selesai.
***** Apakah step seterusnya? Saya akan ceritakan pada next post sy. Masih banyak perkara yg tidak dirungkai. Apa yg terkandung dalam borang Offer to Purchase? Apa yg terkandung dalam SPA? Bagaimana nak tahu loan boleh lulus atau x? Dan banyak lagi. Insyaallah ada masa, sy cuba cerita lagi. Dan minta maaf kalau dalam post ini ada kekurangan. Yang baik datang dari Allah, yang lemah datang dari diri sy sendiri...
Terima kasih.
-Adzhan-
No comments:
Post a Comment